
FAQs
Umum
1Adakah suplemen herba selamat dan berkesan dalam membantu kesihatan yang baik?
Pepatah lama "dos menentukan racun" mengatakan segalanya, walaupun air atau oksigen, boleh beracun dengan dos yang salah. Dengan itu, adalah penting untuk kita perhatikan bahawa tidak semua herba, walaupun semulajadi adalah selamat kecuali dos yang betul digunakan. Memilih produk yang sesuai untuk keadaan kesihatan dan yang tidak berinteraksi (hubungi ahli farmasi / pemakanan kami untuk mendapatkan informasi) dengan mana-mana keadaan perubatan atau ubat / suplemen lain akan memastikan penggunaan suplemen yang selamat. Ia juga penting untuk memahami bahawa kualiti produk sangat penting untuk penggunaan suplemen yang selamat.
2Jika herba begitu berkesan, mengapakah doktor-doktor tidak mencadangkannya?
Doktor-doktor di Barat dilatih untuk mendiagnosis dari aspek-aspek patologi penyakit dan memberi ubat untuk melegakan gejala. Namun, di beberapa negara seperti Perancis & Jerman, ubat-ubatan herba telah berjaya disatukan ke dalam sistem perubatan mereka dan doktor dilatih untuk menggunakan ubat-ubatan herba di mana sesuai. Dengan ujian klinikal & penyelidikan mengenai ubat-ubatan herba yang berterusan, kita mungkin meramalkan perubahan trend pada masa akan datang dan mempunyai lebih banyak doktor mengesyorkan ubat-ubatan herba sebagai sebahagian daripada rawatan rutin mereka.
3Adakah suplemen herba boleh diambil bersamaan dengan ubat-ubatan preskripsi?
Adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi anda apabila mengambil suplemen dengan ubat preskripsi kerana mungkin terdapat interaksi yang mungkin perlu anda ketahui. Anda juga boleh hubungi kami, ahli farmasi kami akan menasihati anda.
4Adakah selamat untuk kanak-kanak dan wanita hamil / wanita yang menyusu untuk mengambil suplemen herba?
Penggunaan suplemen pada kanak-kanak dan wanita hamil / yang menyusu akan bergantung kepada dos, jenis suplemen yang digunakan dan keadaan khusus yang digunakan untuknya. Mempreskripsikan dos dewasa untuk kanak-kanak hanya boleh dilakukan selepas berunding dengan doktor yang berkelayakan. Wanita hamil dinasihatkan untuk berunding dengan doktor / ahli farmasi jika ingin mula atau sudah mengambil sebarang suplemen atau ubat.
Thomson Activated Ginkgo, Livrin 300, OsteoPro, KolGard and Circulon 125 pada masa ini tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusu kerana kekurangan data dan kajian mengenai keselamatannya.
Thomson Activated Ginkgo, Livrin 300, OsteoPro, KolGard and Circulon 125 pada masa ini tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusu kerana kekurangan data dan kajian mengenai keselamatannya.
5Adakah produk Thomson Halal?
Ya, semua produk Thomson disahkan Halal.
6Di manakah saya boleh membeli produk Thomson?
Senarai peruncit utama kami boleh didapati di sini. Anda juga boleh memilih lokasi kedai untuk mencari peruncit yang berdekatan dengan anda.
Thomson Activated Ginkgo
1Mengapakah Thomson Activated Ginkgo mengandungi hanya 40mg apabila produk Ginkgo lain mengandungi 2000mg?
Ekstrak Ginkgo biloba adalah produk yang telah menjalani proses pengekstrakan untuk menumpukan bahan aktif dari tumbuhan Ginkgo Biloba mentah. Sesetengah produk menyatakan Ginkgo Biloba dalam beribu-ribu milligram, ia mungkin menggunakan ramuan mentah tanpa pengekstrakan ataupun menunjukkan berapa banyak ramuan mentah yang digunakan untuk menghasilkan ekstrak. Thomson Activated Ginkgo dan Thomson Circulon 125 mengandungi 40mg dan 125mg ekstrak Ginkgo biloba yang masing-masing bersamaan dengan 2000mg dan 6250mg daun Ginkgo mentah.
2Apakah kelebihan Thomson Activated Ginkgo?
Thomson Activated Ginkgo dihasilkan daripada daun muda Ginkgo Jepun dan dengan teknologi ACTIVATION yang dipatenkan dari Jepun untuk meningkatkan penyerapan bahan aktifnya. Thomson Activated Ginkgo dijamin mengandungi sekurang-kurangnya 24% ginkgo flavone glycosides dan 6% terpene (kaya dengan ginkgolide B) yang merupakan bahan aktif utama yang terdapat di dalam Ginkgo Biloba. Selain daripada itu, Thomson Activated Ginkgo mengandungi paras toksik asid ginkgolic yang rendah daripada yang minimum disyorkan. Ia bebas daripada racun perosak, racun kulat, yis, gula, pewarna dan pengawet.
3Apakah itu Asid Ginkgolic?
Asid Ginkgolik adalah bahan yang terdapat dalam jumlah yang tinggi dalam kacang / buah Ginkgo Biloba, dan juga di bahagian lain tumbuhan itu. Ia diketahui menyebabkan reaksi alahan dan kerosakan pada sel. Thomson Activated Ginkgo dan Thomson Circulon telah diuji dan menunjukkan ia mengandungi kurang daripada 1ppm asid Ginkgolic untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi.
4Adakah Thomson Activated Ginkgo sesuai untuk vegetarian?
Ya, sesuai.
5Apakah dos yang dicadangkan untuk Thomson Activated Ginkgo?
Bagi orang dewasa, kami mencadangkan 1-2 tablet 3 kali sehari. Bagi mereka yang mempunyai perut yang sensitif, sebaiknya diambil selepas makan. Sesetengah orang yang mempunyai masalah kesukaran tidur pada waktu malam dinasihatkan untuk mengambil dos terakhir pada waktu petang, jaraknya tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.
6Mereka yang perlu berhati-hati ketika mengambil suplemen Ginkgo biloba:
- Wanita mengandung atau wanita menyusu
- Mereka yang mempunyai epilepsi (sawan)
- Mereka yang mengalami gangguan pendarahan
- Mereka yang menjalani pembedahan
- Mereka yang mengambil pencair darah (contohnya Warfarin, Clopidogrel, ibu protein, statin ubat tekanan darah atau ubat diabetes).
Thomson Livrin
1Apakah kegunaan Milk thistle?
Ekstrak Milk thistle telah digunakan dalam penyelidikan saintifik selama 40 tahun dan banyak digunakan untuk terapi hati di Eropah. Ia boleh digunakan untuk membantu sistem hati yang bekerja terlalu keras akibat daripada penggunaan alkohol, kurang tidur, tekanan, pemakanan tidak sihat, pendedahan kepada bahan kimia dan juga pengambilan ubat yang boleh menjejaskan fungsi hati.
2Apakah kelebihan Thomson Livrin?
Thomson Livrin mengandungi 300mg ekstrak Milk thistle yang berasal dari Eropah dari benih Silybum marianum. Ekstrak itu diseragamkan untuk mengandungi sekurang-kurangnya 80% Silymarin, 30% daripadanya ialah Silybin A & B. Silymarin adalah bahan aktif Milk thistle yang membantu melindungi hati. Thomson Livrin bebas daripada racun perosak, racun kulat, yis, gula, pewarna dan pengawet.
3Adakah Thomson Livrin sesuai untuk vegetarian?
Tidak, kapsul yang digunakan untuk Thomson Livrin adalah dari sumber lembu.
4Apakah dos yang disyorkan untuk Thomson Livrin?
Bagi orang dewasa, kami mengesyorkan untuk mengambil 1 kapsul 3 kali sehari. Anda boleh mengambil sebelum atau selepas makan.
5Adakah Thomson Livrin sesuai untuk semua orang?
Perhatian perlu diambil untuk:
- Wanita mengandung atau menyusu
- Mereka yang bermasalah dengan sistem ginjal
6Adakah Thomson Livrin Halal?
Ya, ia disahkan Halal.
Thomson OsteoPro
1Apakah kegunaan glukosamin?
Glukosamin adalah sebatian yang diperlukan untuk sintesis glycosaminoglycans yang membentuk tendon, ligamen, tulang rawan dan cecair synovial. Apabila kita semakin berumur, paras glukosamin turun, ini boleh menyebabkan kemerosotan sendi. Penambahan glukosamin boleh membantu mengekalkan sendi dan rawan yang sihat.
2Apakah kelebihan Thomson OsteoPro?
Thomson OsteoPro 300mg menggunakan Glukosamin sulfat yang “fully reacted”, diperolehi daripada sumber bukan kerang. Thomson OsteoPro menggunakan proses yang dipatenkan untuk menstabilkan molekul glukosamin sulfat. Ini membantu menyediakan dos yang lebih konsisten dan lebih stabil serta kurang berkemungkinan menyebabkan kerengsaan gastrousus. Thomson OsteoPro bebas daripada racun perosak, racun kulat, yis, gula, pewarna dan bahan pengawet.
3Apakah dos yang disyorkan bagi Thomson OsteoPro?
Bagi orang dewasa, kami mengesyorkan untuk mengambil 2 kapsul, dua kali sehari. Adalah lebih baik diambil selepas makan.
4Adakah Thomson OsteoPro sesuai untuk vegetarian?
Ya, sesuai, kerana ia tidak mengandungi sebarang ramuan berasaskan haiwan.
5Apakah sumber glukosamin dalam Thomson OsteoPro?
Ia berasal dari kitin yang terdapat di dinding sel kulat yang dikenali sebagai Aspergillus Niger dan diekstrak di bawah persekitaran ultra-bersih.
Thomson Circulon 125
1Apakah perbezaan di antara Thomson Activated Ginkgo dan Thomson Circulon?
Kedua-dua produk ini mengandungi ekstrak Ginkgo Biloba dari Jepun dengan teknologi ACTIVATION yang dipatenkan dari Jepun untuk meningkatkan penyerapan bahan aktifnya. Thomson Activated Ginkgo mengandungi 40mg ekstrak Ginkgo biloba yang dikatakan, manakala Thomson Circulon mengandungi 125mg, memberikan kekuatan yang lebih tinggi dan dos yang lebih mudah.
2Apakah kelebihan Thomson Circulon?
Thomson Circulon dihasilkan daripada daun muda Ginkgo Jepun dengan teknologi ACTIVATION yang dipatenkan dari Jepun untuk meningkatkan penyerapan bahan aktifnya. ia dijamin mengandungi sekurang-kurangnya 24% ginkgo flavone glycosides dan 6% terpene (kaya dengan ginkgolide B) yang merupakan bahan aktif utama yang terdapat di dalam Ginkgo Biloba. Selain itu, Thomson Circulon juga mengandungi paras toksik asid ginkgolic yang rendah daripada minimum disyorkan. Ia bebas daripada racun perosak, racun kulat, yis, gula, pewarna dan pengawet.
3Apakah itu Asid Ginkgolic?
Asid Ginkgolic adalah bahan yang terdapat dalam jumlah yang tinggi dalam kacang / buah Ginkgo Biloba, tetapi juga di bahagian lain tumbuhan itu. Ia diketahui menyebabkan reaksi alahan dan kerosakan pada sel. Thomson Activated Ginkgo dan Thomson Circulon telah diuji dan menunjukkan ia mengandungi kurang daripada 1ppm asid Ginkgolic untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi.
4 Adakah Thomson Circulon sesuai untuk vegetarian?
Ya, sesuai.
5Apakah dos yang dianjurkan oleh Thomson Circulon?
Bagi orang dewasa, kami mencadangkan 1 tablet sehari. Bagi mereka yang mempunyai perut yang sensitif, sebaiknya diambil selepas makan. Sesetengah orang yang mengalami masalah kesukaran tidur, adalah dinasihatkan supaya tidak mengambil Circulon pada waktu yang terlalu dekat dengan waktu tidur.
6Mereka yang perlu berhati-hati ketika mengambil suplemen Ginkgo biloba:
- Wanita mengandung atau wanita menyusu
- Mereka yang mempunyai epilepsi (sawan)
- Mereka yang mengalami gangguan pendarahan
- Mereka yang menjalani pembedahan
- Mereka yang mengambil pencair darah (contohnya Warfarin, Clopidogrel, ibu protein, statin, ubat tekanan darah atau ubat diabetes.
ProbioGut
1Apakah itu bifidobakteria serasi dengan manusia (HRB) dan kelebihannya?
Bifidobakteria serasi dengan manusia (HRB) berada di dalam usus manusia secara semula jadi, maka probiotik HRB ini lebih sesuai untuk membiak di dalam usus, berbanding probiotik yang lain yang kebiasaannya akan mati atau disingkirkan selepas beberapa hari berada di dalam usus. HRB juga mampu memberikan manfaat kesihatan yang lebih meluas, seperti penghasilan asid asetik, asid folat, dan asid lemak rantai pendek, serta membantu menyingkirkan bahan berbahaya yang boleh menjejaskan sistem saraf pusat.
2Bilakah masa yang terbaik untuk mengambil Thomson ProbioGut?
Tiada data yang kukuh menunjukkan masa pengingesan/pengambilan terbaik probiotik. Pengambilan secara konsisten adalah lebih penting berbanding masa. Walau bagaimanapun, dinasihatkan untuk mengambil probiotik di antara waktu makan kerana paras asid perut lebih rendah. Anda boleh mengambil serbuk secara terus, atau mencampurkannya dengan air, susu atau yogurt. Jangan ambil bersama makanan panas atau minuman panas bagi memastikan tahap kemandirian probiotik yang lebih tinggi.
3Apakah perbezaan dan kelebihan Thomson ProbioGut berbanding produk lain?
Pertama, Thomson ProbioGut tidak memerlukan penyejukan,berbanding sesetengah suplemen probiotik di pasaran memerlukan penyejukan untuk memelihara bakteria hidup. Kedua, Thomson ProbioGut menggabungkan probiotik dan prebiotik untuk kesan sinergistik yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang lebih luas.
Ketiga, anda akan memperolehi jumlah probiotik yang dinyatakan di label Thomson ProbioGut. Bifidobakteria serasi dengan manusia (HRB) berhubung kait dengan manusia dan mempunyai kebolehsuaian yang tinggi justeru memberikannya kelebihan untuk kekal lama di dalam usus berbanding probiotik yang lain.
Selain itu, Oligosakarida Susu Manusia (HMO) dan inulin adalah prebiotik yang mampu menggalakkan lagi pertumbuhan bifidobakteria.

Kajian telah menunjukkan bahawa probiotik HRB mempunyai kadar kemandirian yang baik berbanding produk probiotik jenama lain. Thomson ProbioGut menjamin sekurang-kurangnya 7 bilion CFU probiotik pada akhir jangka hayat simpanan (disimpan pada suhu bilik biasa) dan bukan di awal pengeluaran. Akhir sekali, kesemua probiotik dan prebiotik di dalam Thomson ProbioGut telah menjalani penyelidikan saintifik yang luas, dan lebih daripada 200 kajian telah terbukti keberkesanannya dalam melegakan IBS (Sindrom Usus Merengsa), jangkitan saluran pernafasan atas, meningkatkan sistem imun dan memperbaiki metabolisme lemak serta penurunan berat badan.

Kajian telah menunjukkan bahawa probiotik HRB mempunyai kadar kemandirian yang baik berbanding produk probiotik jenama lain. Thomson ProbioGut menjamin sekurang-kurangnya 7 bilion CFU probiotik pada akhir jangka hayat simpanan (disimpan pada suhu bilik biasa) dan bukan di awal pengeluaran. Akhir sekali, kesemua probiotik dan prebiotik di dalam Thomson ProbioGut telah menjalani penyelidikan saintifik yang luas, dan lebih daripada 200 kajian telah terbukti keberkesanannya dalam melegakan IBS (Sindrom Usus Merengsa), jangkitan saluran pernafasan atas, meningkatkan sistem imun dan memperbaiki metabolisme lemak serta penurunan berat badan.
4Berapa lama masa yang diambil untuk merasai perubahan?
Keberkesanan probiotik bergantung pada tahap kesihatan anda dan cara pengambilannya. Kebiasaannya anda dapat merasai perubahan melalui kekerapan membuang air besar dalam masa 1 – 4 minggu.
Walau bagaimanapun, jika anda mengambil probiotik sebagai langkah pencegahan, anda mungkin memerlukan sedikit masa untuk merasai manfaatnya.
5Adakah Thomson ProbioGut selamat untuk diambil semasa mengandung dan menyusu?
Ya, secara amnya Thomson ProbioGut adalah selamat.
6Bolehkah Thomson ProbioGut diambil oleh kanak-kanak?
Probiotik HRB berasal dari usus manusia atau bayi, oleh itu kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas sesuai untuk mengambilnya, dengan satu paket sehari.
7Bolehkah Thomson ProbioGut diambil ketika rawatan antibiotik?
Adalah dinasihatkan untuk mengambil Thomson ProbioGut selepas pengambilan antibiotik untuk mengelakkan pembaziran probiotik dan mengembalikan mikrobiota usus yang sihat.
8Adakah Thomson ProbioGut sesuai untuk vegetarian?
Ya, kerana ia tidak mengandungi bahan yang berasaskan haiwan.
9Adakah Thomson ProbioGut Halal?
Ya, ianya disahkan Halal oleh JAKIM.