parallax background

JAMINAN KUALITI

Kami di Thomson mempunyai sijil Amalan Pembuatan Baik (GMP) yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermakna Thomson mesti mematuhi prosedur yang ketat untuk memastikan kebersihan kilang dan konsistensi dalam penghasilan.

Kemudahan pembuatan kami menggunakan mesin-mesin terkini termasuk jenama Jerman seperti Fette, Bosch dan Uhlmann, jenama yang dikenali untuk menghasilkan mesin yang berkualiti tinggi.

MAKMAL KAWALAN KUALITI (QC) KAMI SECARA KHASNYA MENJALANI PENGUJIAN HPLC DAN KETERLARUTAN:


  1. Ujian keterlarutan - Ujian ini memastikan bahan-bahan dalam suplemen kita dapat melarut dengan pantas untuk diserap ke dalam tubuh kita. Jika ia tidak dapat dilarutkan, badan kita tidak akan dapat menyerap dan mendapat manfaat daripada bahan-bahan ini.
  2. Ujian HPLC – Ujian ini dapat mengesan
    • identiti bahan semulajadi
    • sama ada sebarang bahan palsu telah dicampurkan
    • kualiti bahan yang diuji

Kami percaya bahawa 2 Ujian ini sangat penting untuk memastikan bahawa kualiti tinggi dikekalkan untuk semua produk Thomson.