Ditubuhkan sejak 1987, Herbal Revival Sdn Bhd telah muncul sebagai salah satu dari pengilang makanan tambahan dan herba terkemuka di Malaysia, dengan produk-produk jenama utama Thomson yang sinonim dengan kualiti dan inovasi

Makanan tambahan kesihatan Thomson dikilangkan degan mematuhi Amalan Pengilangan Baik(GMP) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan di Malaysia.

Kerjasama strategik di seluruh dunia dengan pembekal yang mempunyai reputasi dan mantap yang menjamin mutu bahan mentah membezakan Thomson dari yang lain.

Sementara ubat ubat farmaseutikal tertakluk kepada kawalan yang ketat, kriteria yang sama tidak semestinya terguna pakai terhadap makanan tambahan kesihatan di kebanyakan negara. Komitment Herbal Revival terhadap mutu dan keselamatan telah membawa kepada penciptaan satu pasukan Ahli Farmasi, Ahli Kimia, Ahli Biokimia, Ahli Mikrobiologi dan Ahli Genetik yang cekap dan berkelay akan bagi memastikan setiap kumpulan makanan tambahan kesihatan Thomson menjalani ujian analitik di makmal kawalan mutu dalam syarikat kami untuk memenuhi keperluan utama para pelanggan kami.